Comments

Sejarah PSS SMK Senaling

Posted by at 5:25 AM Read our previous post
  Pusat sumber sekolah ini telah ditubuhkan pada 5 Januari 2004, namun disebabkan SMK Senaling masih tidak mempunyai bangunan sekolah sendiri, maka untuk mengembang dan memperluas
fungsi PSS tidak dapat dijalankan pada tahun tersebut.
Pada 3 Januari 2005, SMK Senaling menduduki premis sendiri, termasuklah PSS namun peralatan seperti kerusi, meja dan sebagainya untuk PSS masih belum diterima. Pada Februari 2005, sekolah menerima meja dan kerusi untuk kantin sekolah dan PSS memohon agar sebahagian daripada perabut itu ditempatkan ke PSS pada pertengahan Mac 2005. Sejak daripada itu PSS SMK Senaling mula beroperasi sedikit demi sedikit.
       Keadaan bertambah hangat apabila Kementerian menghantar buku-buku untuk PSS yang bernilai RM 50 000, namun demikian PSS berhadapan dengan masalah memproses bahan buku. PSS SMK Senaling cuba meminta bantuan daripada pelbagai pihak, akhirnya usaha guru-guru PSS bahan buku mula diproses pada Jun 2005. Dalam masa yang sama PSS telahpun digunakan oleh guru dan pelajar untuk tujuan P & P dan juga ulangkaji.
       Syukur alhamdulillah, walau banyak halangan dan rintangan PSS SMK Senaling tetap menjalankan operasinya hari demi hari. Pss ini mula dimasukkan dalam senarai penggredan yang dijalankan oleh PKG mulai tahun 2005 walaupun masih banyak kelemahan dan faktor kekangan yang pelbagai.
Melalui penggreddan dari PKG, PSS SMK Senaling telah memperolehi pencapaian berikut : B (2005) C (2006) A (2007) A (2008) A (2009).
       Melalui sumbangan YB Menteri Besar Negeri Sembilan sebanyak RM 10,000, banyak prasarana PSS telah ditambah. Antara wujudnya tangga NILAM,Sofa untuk ruang rehat di perpustakaan, 2 buah komputer untuk perpustakaan, sistem automasi PSS, printer,penambahan buku, bilik menara gading untuk pelajar PMR dan SPM, keceriaan perpustakaan dan perkakasan BBM untuk kegunaan guru-guru. Sumbangan YB Menteri Besar telah melonjakkan gred PSS SMK Senaling daripada C ke A. Bagi pihak sekolah dan khas PSS SMK Senalinng kemi amat menghargai dan berterima kasih kepada YB di atas sumbangan dan keperihatinan beliau kepada PSS kami.
       Harapan kami agar PSS SMK Senaling akan terus mengorak langkah untuk maju kehadapan dan berada sebaris dengan PSS yang berjaya. Semoga satu hari nanti harapan ini akan menjadi kenyataan. Amin....

No comments:

Post a Comment

© Pusat Sumber SMK Senaling is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template