Tuesday, April 7, 2009
Selamat Datang 2012
Kuala Pilah - 4 Januari 2012. Tahun baru kembali lagi. Selamat datang kepada semua warga SMK Senaling. Sesi baru ini menyaksikan sekolah kita menenrima seorang Pengetua baru lagi, iaitu Puan Hajah Hasmah binti Othman. Beliau telah berkhidmat sebagai GPK 1 di SMK Bukit Mewah, dan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua SMK Senaling yang keempat menggantikan Puan Hajah Kamariah Rosdi yang pencen pada 30 November 2011. Semoga dengan kehadiran beliau SMK Senaling akan menempa lebih banyak kecemerlangan di masa akan datang.
Kuala Pilah : 7 April 2009, bermula hari dan dan esok PKG Kuala Pilah dengan kerjasama BTP Negeri Sembilan telah menganjurkan satu kursus untuk Guru Perpustakaan Media daerah Kuala Pilah. Kursus pembinaan Laman Web ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Guru Perpustakaan Media mengenai cara-cara membina laman web sendiri. Harapan dari pihak PKG dan BTP supaya setiap sekolah di daerah Kuala Pilah mempunyai laman web sendiri. Usaha ini dijalankan selaras dengan matlamat kerajaan untuk memberi pendedahan kepada warga pendidik di negara ini mengenai ICT. Semoga kursus ini dapat mencapai matlamat dan objektif yangn diinginkan dan memberi manfaat kepada setiap guru yang menghadirinya.
Senaling : 2 April, SMK Senaling, telah diadakan pertandingan kawat kaki agensi bukan kerajaan (NGO). Seramai 15 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Kategori pasukan putera disertai oleh empat buah sekolah, manakala kategori puteri telah disertai oleh sebelas buah pasukan. Bagi Ketegori pasukan lelaki tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Menenngah Sains Tuanku Jaafar, tempat kedua SM Chuang Hwa Kuala Pilah dan tempat ketiga SMK Jelai. Manakala bagi kategori perempuan tempat pertama dimenangi oleh SMS TUanku Jaafar, tempat kedua SMK DUAM dan tempat ketiga SMK Senaling. Majlis peraan perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Mo'minah Ujang GPK HEM SMK Senaling.
Senaling : 8 April Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Kuala Pilah, Pejabat Kesihatan Kuala Pilah, Pertubuhan PROSTAR Kuala Pilah telah menganjurkan satu program yang bertajuk "Aku yang Prihatin". Tujuan program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar daerah Kuala Pilah cara menjalani kehidupan yang sihat. Tentatif program ini termasuklah ceramah, pameran dan kempen menderma darah. Program ini melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar di daerah ini. Semoga dengan adanya program sebegini masalah sosial dikalangan pelajar sekolah di daerah ini dapat dikurangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)